This is not the document you are looking for? Use the search form below to find more!

Report home > Education

Struktur Program

0.00 (0 votes)
Document Description
Sinopsis Kursus/Course Synopsis • Kursus Wajib/Compulsory Courses SKMP6013 Metodologi Penyelidikan Kursus ini membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan penyelidikan. Aspek- aspek itu ialah landasan, tatacara dan jenis kajian serta penganalisisan dan pentafsiran data. Perbincangan difokuskan kepada bidang-bidang bahasa, kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian. Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman tentang kaedah penyelidikan secara khusus tentang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. SKMP6013 Research Methodology This course discusses aspects that relates to research such as theories, methods and types of research done, and also the utilization of the these aspects to analyse and interpret the data collected. Discussion is focused on the fields of language, literature and culture. Bacaan Asas Babbie, E. 1992. The practice of social research . Belmont, CA: Wadsworth. Bulmer, M. 1982. Social research ethics . London: McMillan. Chiseri-Strater, E. & Neuman, W.L. 1997. Social research methods: qualitative and quantitative . Boston: Allyn and Bacon. Mohd. Taib Osman. 1982. Manual for collecting oral tradition . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Samarin, W.J. 1967. Field linguistic: a guide to linguistic . New York: Holt, Rinehart and Winston.
File Details
  • Added: October, 21st 2010
  • Reads: 464
  • Downloads: 3
  • File size: 39.33kb
  • Pages: 10
  • Tags: sastra, sisiolinguistik, bahasa melayu
  • content preview
Submitter
  • Name: cerys
Embed Code:

Add New Comment




Related Documents

TOYOTA ANNOUNCES CUSTOMER SUPPORT PROGRAM FOR 1995-2000 TACOMA PICKUPS

by: rika, 1 pages

Toyota Motor Sales (TMS) U.S.A., Inc. will launch a Customer Support Program to extend warranty coverage on certain 1995 through 2000 model year Tacoma truck frames. Toyota has received reports ...

A Multi - Disciplinary Therapy Program for Morbidly Obese Children and Teenagers : Results After 7 Months

by: shinta, 7 pages

From January 2000 to May 2002, 59 [average Body Mass Index (BMI) 34] morbidly obese children and adolescents (BMI > 99th percentile) between the ages of 5.8 and 18.8 years were ...

The Development of an Operant Conditioning Training Program for New World Primates at the Bronx Zoo

by: shinta, 15 pages

This article describes the development of an operant conditioning training program for 17 species of New World primates at the Bronx Zoo. To apply less invasive techniques to husbandry ...

Industry Oriented Teaching and Learning Strategies Applied to the Course within Traditional Engineering Technology Undergraduate Program

by: shinta, 4 pages

With traditional technical teaching methodologies in educational environments, the conventional pathway is to build the foundation learning through subject based teaching of maths, ...

Singapore Company Registration Agent Offers high net worth client Singapore permanent residence through Global Investor Program (GIP)

by: paulmedia, 1 pages

You can gain Singapore permanent residence through Global Investor Program (GIP). Under this scheme, you may apply for PR for yourself and your immediate family by starting a business or investing in ...

Male Gender Role Conflict, Sexual Harassment Tolerance, and the Efficacy of a Psychoeducative Training Program

by: shinta, 11 pages

This study tested the relationship of gender role conflict, harassment tolerance, and the effec- tiveness of a harassment training program. Men (n 98) were randomly assigned to either ...

An Analysis of Policy Alternatives to the Dairy Price Support Program

by: shinta, 13 pages

This paper investigates the impacts of alternative federal dairy policies on the U.S. dairy sector. In addition to the current dairy pnce support program, five alternatives are ...

Bank Guarantee with Post-Dated Check Loan Program

by: shinta, 8 pages

U.I.G., LLC in conjunction with the International Bank Group, is pleased to provide a unique method to fund small to medium size projects (Minimum is $5 Million). It is called the Bank ...

EMPLOYEE BENEFITS SECURITY ADMINISTRATION : Improvements Have Been Made to Pension Enforcement Program but Significant Challenges Remain

by: samanta, 21 pages

Congress passed the Employee Retirement Income Security Act of 1974 (ERISA) to address public concerns over the mismanagement and abuse of private sector employee benefit plans by some plan sponsors ...

Guideline for Creating and Using an Employee Benefits Program

by: samanta, 3 pages

Many small business owners claim their greatest challenges are attracting, retaining and motivating their employees. With a strong economy and a tight labor market, it is essential to keep turnover ...

Content Preview
100 / Buku Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007 - 2008
Struktur Program
III)
Ijazah Sarjana Sastera (Pengurusan Persembahan Seni)
Program ini mengkhusus kepada Pengurusan Persembahan Seni. Struktur Kurikulum
dan senarai kandungan kursus bagi program ini adalah seperti berikut:
Kursus Wajib (21 unit)
Kod
Nama Kursus
SKMP6013
Metodologi Penyelidikan
SKMP6023
Seminar Pengajian Melayu
SKMA6013
Teori dan Falsafah Seni
SKMA6023
Pengurusan Seni Persembahan
SKMA6033
Seni Hias dan Tekstil Melayu
SKMA6043
Kritikan Seni Persembahan
SKMA6053
Seminar Seni dan Teknologi Persembahan
Kursus Elektif (6 unit)
Kod
Nama Kursus
SKMM6013
Kesusasteraan dan Falsafah Melayu
SKMM6023
Kesusasteraan Lisan
SKMB6033
Seminar Bahasa dan Akal Budi Melayu
SKMB6043
Seminar Sosiolinguistik Bahasa Melayu
Kursus elektif juga boleh dipilih daripada mana-mana kursus di luar Program/Pusat.
Tesis Sarjana (9 unit)
Kod
Nama Kursus
SKMA6009
Tesis Sarjana
Jumlah Keseluruhan: 36 unit

Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu / 101
Sinopsis Kursus/Course Synopsis
• Kursus Wajib/Compulsory Courses
SKMP6013 Metodologi Penyelidikan
Kursus ini membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan penyelidikan. Aspek-
aspek itu ialah landasan, tatacara dan jenis kajian serta penganalisisan dan pentafsiran
data. Perbincangan difokuskan kepada bidang-bidang bahasa, kesusasteraan, kebudayaan
dan kesenian. Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman tentang kaedah penyelidikan
secara khusus tentang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.
SKMP6013 Research Methodology
This course discusses aspects that relates to research such as theories, methods and
types of research done, and also the utilization of the these aspects to analyse and
interpret the data collected. Discussion is focused on the fields of language, literature
and culture.

Bacaan Asas
Babbie, E. 1992. The practice of social research. Belmont, CA: Wadsworth.
Bulmer, M. 1982. Social research ethics. London: McMillan.
Chiseri-Strater, E. & Neuman, W.L. 1997. Social research methods: qualitative and
quantitative. Boston: Allyn and Bacon.
Mohd. Taib Osman. 1982. Manual for collecting oral tradition. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Samarin, W.J. 1967. Field linguistic: a guide to linguistic. New York: Holt, Rinehart
and Winston.
SKMP6023 Seminar Pengajian Melayu
Kursus ini membicarakan pengajian Melayu sebagai satu entiti ilmu yang berasaskan
kepada kawasan, iaitu Kepulauan Melayu. Pembicaraan ini adalah dari sudut-sudut sejarah,
epistemologi, kaedah, disiplin, persoalan dan seni karya. Kursus ini dikendalikan dalam
bentuk seminar dan bertujuan untuk memberikan kefahaman bidang, kandungan dan kaedah
perbahasan tentang masyarakat dan budaya Melayu.
SKMP6023 Seminar on Malay Studies
This course discusses Malay studies as an entity based on area studies. Discussion is
based on historical, epistemology, methodology, discipline and state of the arts. This
course is conducted in the seminar form, and with the aims of enhancing the
understanding of the discipline, scope and method of discussion on Malay societies and
cultures.


102 / Buku Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007 - 2008
Bacaan Asas
Asraf (pnyt.). 1996. Manifesto budaya: pupus bahasa pupuslah bangsa. Kuala Lumpur:
Persatuan Linguistik Malaysia.
Ismail Hussein, A. Aziz Deraman & Abd. Rahman al-Ahmadi. 1995. Tamadun Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman. 1988. Kebudayaan Melayu dalam beberapa persoalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Husin Ali. 1979. Orang Melayu masalah dan masa depan. Kuala Lumpur: Adabi.
Syed Naguib al-Attas. 1972. Islam dalam sejarah kebudayaan Melayu. Petaling Jaya:
Angkatan Belia Islam Malaysia.
SKMA6013 Teori dan Falsafah Seni
Kursus ini membicarakan teori keindahan dan falsafah seni berdasarkan nilai kerohanian
yang berkaitan dengan agama, moral, etik, estetika, jiwa, akal dan budi. Perbincangan
tersebut turut menyentuh teori seni Barat dan Timur. Teori dan falsafah seni Barat ialah
teori zaman awal Greek-Yunani (Aristotle, Epictetus, Plato), zaman Renaissance Barat
(daripada seni Romanes ke Barouge, Rococo) dan seni moden (Meyer Schapiro, Ernst
Gombrich). Teori Seni dan Falsafah Timur (Asia Barat-Islam, India dan China) ialah
konsep Al-Jamal, keindahan alam ciptaan Ilahi, Al-Khindi, Al-Ghazali serta Hussin Heikal
dan Ismail Faruqi. Perbincangan di atas dipadankan dengan teori dan falsafah seni Melayu.
Matlamat kursus ialah supaya pelajar memahami teori dan falsafah di sebalik karya-
karya kesenian Melayu.
SKMA6013 Art Theory and Philosophy
This course discusses the theory of aesthetics and the philosophy of art based on spiritual
values in conjunction with religion, morals, ethics, esthetics, soul, mind and wisdom.
Discussions embrace both eastern and western art theories. Western theories and
philosophy of art deals with the early Grecian period (Aristotle, Epictetus, Plato), the
Renaissance (from the Romanesque, rococo) and modern arts (Meyer Schapiro, Ernst
Grombrich). Eastern theories and philosophy of art (West-Asia –Islam, India and
China) deals with the Al-Jamal concept (the beauty of god’s universe), Al-Khindi, Al-
Ghazali, Hussin Heikal and Ismail Faruqi. The above discussion is seen in the context
of Malay art theory and philosophy. The aim of this course is to produce students who
understand and appreciate art theory and philosophy through the study of Malay art
pieces.

Bacaan Asas
Burgin, V. 1986. The end of art theory, criticism and postmodernity. England: Macmillan.
Geertz, C. 1983. Local knowledge. London: Fontana Press.

Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu / 103
Ismail al-Faruqi. 1993. Fikiran dan budaya Islam. Terj. Masood Rashid. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
S.H. Nasr. 1989. Falsafah kesusasteraan dan seni halus. Terj. Baharudin Ahmad.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syafiq A. Mughni. 2001. Nilai-nilai Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
SKMA6023 Pengurusan Seni Persembahan
Kursus ini membincangkan bagaimana mengurus kesenian yang berbentuk persembahan
seperti teater, tarian, nyanyian dan jenis persembahan yang lain. Pembicaraan difokuskan
kepada pemilihan teks/artis, transformasi karya artis ke pentas, peranan pengarah, pelakon
dan krew produksi dalam merealisasikan seni persembahan. Aspek etika persembahan,
hak cipta, pengiklanan dan pemasaran turut dibincangkan. Pada akhir kursus ini,
diharapkan para pelajar akan mendapat kefahaman secara teoritikal dan amali terutamanya
dari aspek pengurusan dan pelaksanaan seni persembahan.
SKMA6023 Performance Arts Management
This course discusses the theoretical and practical aspects of managing performance
productions, including theatre, dance, music and other related performance arts. It
focusses on the choice of scripts and artistes, the transformations of these works on
stage to become a production performance and the cohesive, inter-related roles of the
director, actors and production crew in realizing a performance production. Aesthetics
of production, copyright, advertising and marketing strategies are also discussed. At
the end of the course students should be knowledgeable about the theoretical and practical
aspects of handling a performance production.

Bacaan Asas
Heflick, D. 1996. How to make money performing in schools: definitive guide to
developing, marketing and presenting school assembly programs. New York: Silcox
Productions.
Langley, S. 1995. Theatre management and production in America: commercial, stock,
resident, college, community and presenting organizations. New York: Quite Specific
Media Group Limited.
Menear, P. 1988. Stage management and theatre administration (Phaidon theatre
manuals). Oxford: Phaidon.
Reid, F. 1998. Stages for tomorrow. New York: Butterworth-Heinemann.
Taubman, J. 1978. Performing arts, management and law. New York: Law-Arts
Publishers.
SKMA6033 Seni Hias dan Tekstil Melayu
Kursus ini membicarakan aspek seni hias dalam pelbagai reka bentuk dan penghasilan
serta penggunaan tekstil di Alam Melayu. Perbincangan dalam seni hias, tumpuan diberikan
kepada sejarah perkembangan dari segi struktur asas, ciri, bahan, makna, gaya, tatacara

104 / Buku Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007 - 2008
dan fungsi. Perbincangan tekstil pula meliputi jenis, variasi, reka bentuk busana, cara
berpakaian dan fungsi serta adat dan pembentukan jati diri. Matlamat kursus ini ialah
supaya merangsangkan kreativiti dan rasa bangga terhadap seni berkenaan.
SKMA6033 Malay Decorative Art And Textile
This course deals with Malay decorative arts in its many myriad forms as exemplified
in the design and production of textiles in the Malay archipelago. The history,
development and changes of the decorative arts are studied based on its structure,
patterns, characteristics and changes. It also includes the materials used, the styles,
colours, rituals and functions. Discussion on textiles include the materials used, the
designs produced, the costumes created, the styles of dressing, its functions (customary,
ritualistic, ceremonial) and its continued changes and development. The course aims to
instill pride and enhance student’s creativity in the Malay decorative arts and textile

Bacaan Asas
Mohd. Kassim Haji Ali. 1990. Barang-barang kemas Melayu tradisi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Zainon Ismail. 2000. The Malay traditional art design. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Zainon. 1997. Tekstil dan keindahan tenunan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Suwasrtika Kaartiwa. 1986. Beberapa jenis bahan tradisional dan penggunaannya di
Indonesia. Jakarta: Departmen Pendidikan dan Kebudayaan.
Syed Ahmad Jamal. 1992. Rupa dan jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SKMA6043 Kritikan Seni Persembahan
Kursus ini membicarakan teori kritikan seni persembahan. Perbincangan ini meliputi
kritikan daripada aspek estetika yang merangkumi pengarahan, lakonan, koreografi,
pencahayaan pentas dan akustik. Pelajar dikehendaki menilai persembahan yang
ditontoninya. Matlamat kursus ini ialah untuk melahirkan pengkritik teater yang berwibawa.
SKMA6043 Performance Arts Criticism
This course deals with the theories of performance arts criticism. It embraces the
aesthetics and aspects of performance production including directing, acting,
choreography, stage lighting, acoustics, scenography and dramaturgy . The
transformation of text into theatre is also analyzed. Students are required to attend and
critique one major performance production. The aim of the course is to produce
performance critics who are well versed in this craft.

Bacaan Asas
Hatta Azad Khan. 1997. The Malay cinema. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harrison,C., Wood, P. & Gaige, J., 1998. Art in theory. Oxford: Blackwell.

Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu / 105
Jakob Sumardjo. 2000. Filsafat seni. Bandung: Penerbit ITB.
Siti Zainon Ismail. 2000. The Malay traditional art design. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Solehah Ishak. 1990. Pengalaman menonton teater. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
SKMA6053 Seminar Seni dan Teknologi Persembahan
Kursus ini memberi peluang kepada para pelajar untuk membincangkan fungsi teknologi
dalam seni persembahan yang menjurus kepada jenis, teknik dan bentuk serta cara
penggunaan teknologi visual dan audio. Para pelajar mesti menguasai bidang teknologi
dan terlibat dalam proses penghasilan produk seni persembahan. Para pelajar didedahkah
dengan kefahaman secara teori dan kemudiannya dikehendaki menjalani latihan amali,
membuat laporan praktikal dan dibentangkan dalam seminar. Diharapkan dengan adanya
pendedahan secara amali akan menjadikan para pelajar berilmu dan berdaya tahan dalam
menghasilkan kerja mereka nanti.
SKMA6053 Seminar on Performance Arts and Technology
This course discusses the roles and functions of technology in the performance arts. It
focusses on the types, techniques, uses and exploitation of audio-visual technology
both from the theoretical and practical aspects. The uses and exploitation of and
dependence on technology are showcased, studied and analyzed. A practical report
must be done and must be presented in a seminar. The aim of the course is to produce
students who are well-versed in peformance arts and can exploit technology to further
empower these arts.

Bacaan Asas
Caroll, R.L. & Davis, D.M. 1993. Electronic media programming: strategies and decision
making. New York: McGraw-Hill.
Douglass, J.S. & Harden, G.P. 1996. The art of technique: an aesthetic approach to the
film and video production. Boston: Allyn & Bacon.
Feldman, T. 1994. Multimedia. London: Chapman & Hall Beneprint.
Mast, G.C.M. & Braudy, L. (pnyt.). 1992. Film theory and criticism: introductory
readings. New York: Oxfors University Press.
Schechner, R. 1994. Performance theory. London: Routledge.
SKMA6009 Tesis Sarjana
Tesis Sarjana ialah sebuah hasil penulisan yang melibatkan dua bentuk penyelidikan, iaitu
penyelidikan perpustakaan dan penyelidikan lapangan (termasuk kajian teks). Tesis Sarjana
ditulis dalam beberapa bab yang disusun dalam satu susunan yang sistematik yang
merangkumi bab pengenalan, kajian kosa ilmu, metodologi, pemaparan dan penganalisisan
data serta perbincangan dan kesimpulan. Tesis Sarjana disiapkan dalam satu sesi pengajian
dan ditulis tidak melebihi 30,000 patah perkataan dan ditulis mengikut Gaya UKM.

106 / Buku Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007 - 2008
• Kursus Elektif/Elective Courses
SKMM6013 Kesusasteraan dan Falsafah Melayu
Kursus ini membincangkan teks-teks kesusasteraan Melayu dari sudut pemikiran dan
falsafah. Antara teks-teks tersebut ialah Bustan al-Salatin, Taj al-Salatin, Syarab al-
Asyiqin, Hujjat al-Siddiq, Syair Jawi fi bayan ilm al-Suluk wa’l-Tawhid
dan lain-lain
lagi. Pemikiran dan falsafah ini dianalisis melalui penjelasan terhadap tatatertib logika
pemikiran, akal budi, intelektualisme, tasawwuf, kosmologi dan ilmu kalam yang
membentuk sistem dan teori mengenai tassawur Melayu. Kursus ini bermatlamat meneliti
pemikiran dan intelektualisme Melayu yang membentuk tamadun Melayu melalui teks-
teks kesusasteraan.
SKMM6013 Malay Literature and Philosophy
This course examines the cognitive and epistemological domains in Malay literary texts.
Amongst them are Bustan al-Salatin, Taj al-Salatin, Syarab al-Asyiqin, Hujjat al-Siddiq,
Syair Jawi fi bayan ilm al-Suluk wa’l Tawhid and others. These cognitive and
epistemological domains are examined by deliberating on logical thinking scheme, the
mind, intellectualism, mysticism, cosmology, and teaching of Islam, as components of
the system and theory of Malay mysticism. This course also examines Malay thought
and intellectualism as an essential part of Malay civilization as portrayed in the literary
texts studied.

Bacaan Asas
Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1995. Falsafah alam semesta. Petaling Jaya: Access
Infotech.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1970. The mysticism of Hamzah Fansuri. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1986. A commentary on the Hujjat, al-Siddiq of
Nur al-Din al Raniri. Kuala Lumpur: Ministry of Culture, Malaysia.
Braginsky, V.I. 1998. Yang indah berfaedah dan kamal – sejarah sastera Melayu dalam
abad 7-9. Jakarta: INIS.
Haji Muhammad Bukhari Lubis. 1993. The ocean of unity. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
SKMM6023 Kesusasteraan Lisan
Kursus ini membicarakan kesusasteraan lisan Melayu. Fokus utama perbincangan dalam
kursus ini adalah kesusasteraan lisan berbentuk prosa dan puisi. Perbincangannya
merangkumi genre, konsep, teori, tema dan pemikiran yang terungkap dalam bentuk
kesusasteraan ini. Turut dibincangkan kepentingan kesusasteraan lisan kepada
pembangunan negara sebagai pembentukan jati diri, produk pelancongan, dan transmisi
pengetahuan. Kursus ini melibatkan kerja lapangan, transkripsi, dan dokumentasi.
Matlamat kursus ini ialah supaya pelajar dapat memahami bentuk, ciri dan fungsi
kesusasteraan lisan.

Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu / 107
SKMM6023 Oral Literature
This course examines Malay oral literature and focuses on the prose and poetry. Other
aspects that are examined include genre, concept, theory, theme and ideas. Also examined
is the significance of oral literature to nation building in the realms of identity formation,
tourism product, and transmission of knowledge. Students are required to conduct
fieldwork as well as transcription and documentation. Finally this course enables students
to understand the characteristics, form, and function of oral literature.

Bacaan Asas
Dorson, R. M. (pnyt.). 1978. Folklore in the modern world. The Hague & Paris: Mouton.
Dundes, A. (pnyt.). 1965. The study of folklore. Englewood Cliffs: Prentice-Hall.
Finnegan, R. 1992. Oral traditions and verbal arts. A guide to research practices. London
& New York: Routledge.
Mohd. Taib Osman. 1982. Manual for collecting oral tradition with special reference to
Southeast Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman. (pngr.). 1991. Pengkajian sastera rakyat bercorak cerita. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SKMB6033 Seminar Bahasa dan Akal Budi Melayu
Kursus ini meneliti pelbagai kajian dalam bidang bahasa dan akal budi Melayu. Aspek-
aspek yang dibincangkan termasuklah akal budi dan persepsi orang Melayu, pemerolehan
pengetahuan bahasa dan budi Melayu serta kefahaman bahasa dan budi Melayu. Data
untuk membicarakan akal budi dan persepsi orang Melayu dipetik daripada khazanah
bahasa Melayu seperti pantun, pepatah-petitih serta bahan kesusasteraan lama dan baru.
Kursus ini turut membicarakan penerapan teori psikologi bahasa dalam menyelesaikan
persoalan bahasa Melayu. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat menerapkan teori
dan dapatan kajian dalam bidang bahasa dan akal budi Melayu.
SKMB6033 Seminar on Malay Language and Mind
This course analyzes the finding of various researches on Malay language and mind.
Discussion topics would include Malay mind and perception, the acquisition of Malay
language and cultural knowledge, and the acquisition of comprehension competence,
with example from various Malay written texts, which include pantuns, proverbs, and
Malay literary texts. This course also discusses the application of psycholinguistic
theories in solving Malay language problems.

Bacaan Asas
Asmah Hj. Omar. 1986. Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Carroll, D. 1994. Psychology of language (Edisi Kedua). Berkeley: Cole Publishing
Company.
Muhammad Haji Salleh. 1991. Yang empunya cerita: the mind of the Malay author.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

108 / Buku Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007 - 2008
Steinberg, D. 1990. Psikolinguistik: bahasa, akal budi dan dunia. Terj. Azhar M.
Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkifley Hamid. 1996. Bahasa: konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SKMB6043 Seminar Sosiolinguistik Bahasa Melayu
Kursus ini bertujuan untuk memperlihat hubungan intim antara bahasa, budaya dan
masyarakat Melayu. Interaksi fakta sosial dan budaya dalam penggunaan bahasa dari
sudut bentuk dan fungsi akan dikaji. Kursus ini juga membicarakan isu sosiobudaya
Melayu yang wujud akibat multilingualisme di kalangan ahli-ahli komuniti bahasa Melayu
di Malaysia serta isu perancangan bahasa Melayu dari dimensi sosiopolitik. Teknik kerja
lapangan dan analisis hubungan antara bahasa, budaya dan masyarakat Melayu dalam
kerangka teori dan perkaedahan ikut diteliti.
SKMB6043 Seminar on Malay Sociolinguistics
This course examines the relationship between language, culture, and society in the
Malay community. The interface of social and cultural facts in language use, from both
linguistic forms and functions, is also examined. This course also examines, the
sociopolitical dimension, Malay language planning issues as well as sociocultural issues
that arise from multilingualism in the Malay speech community. Field methods and
analysis of Malay sociolinguistic data from various approaches and theories are also
discussed in this course.

Bacaan Asas
Asmah Hj. Omar. 1992. The linguistic scenery of Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Coulmas, F. (pnyt.). 1997. The handbook of sociolinguistics. Oxford: Blackwell
Publishers.
Nik Safiah Karim. 1981. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Trudgill, P. & Cheshire, J. (pnyt.). 1998. The sociolinguistics reader volume 1:
multilingualism and variation. London: Arnold.
Trudgill, P. & Cheshire, J. (pnyt.). 1998. The sociolinguistics reader volume 2: gender
and discourse. London: Arnold.

Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu / 109
1
2
6
9
6
JAM
3
JUMLAH
KREDIT
3
3
9
2
1
JAM
KREDIT
SEMESTER 3
esis Sarjana
T
Akal Budi Melayu
APELAJARAN
SKMB6033 Seminar Bahasa
SKMB6043 Seminar Sosio-
T
.

dan
.


linguistik Bahasa Melayu
(pilih satu sahaja)
.
SKMA6009
MA
3
3
3
2
3
3
1
JAM
KREDIT
SEMESTER 2
eknologi Persembahan
APELAJARAN
T
STRUKTUR KURIKULUM
T
SKMA6043 Kritikan Seni
SKMA6053 Seminar Seni
MA
.
SKMP6023 Seminar Pengajian


Melayu
.

Persembahan
.
dan
.
SKMM6013 Kesusasteraan
dan Falsafah Melayu
.
SKMM6023 Kesusasteraan
Lisan
(pilih satu sahaja)
PROGRAM PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENI
2
JAM
3
3
3
3
1
KREDIT
ada mana-mana kursus di luar Program/Pusat Pengajian.
eori dan Falsafah
T
Melayu
APELAJARAN
T

ekstil
SEMESTER 1
MA
.
SKMP6013 Metodologi
Penyelidikan
.
SKMA6013
Seni
.
SKMA6023 Pengurusan
Seni Persembahan
.
SKMA6033 Seni Hias dan

T
ajib
esis Sarjana
KOMPONEN
Kursus W
Kursus Elektif*
T
Jumlah Jam Kredit
*Kursus elektif juga boleh dipilih darip

Download
Struktur Program

 

 

Your download will begin in a moment.
If it doesn't, click here to try again.

Share Struktur Program to:

Insert your wordpress URL:

example:

http://myblog.wordpress.com/
or
http://myblog.com/

Share Struktur Program as:

From:

To:

Share Struktur Program.

Enter two words as shown below. If you cannot read the words, click the refresh icon.

loading

Share Struktur Program as:

Copy html code above and paste to your web page.

loading